Wednesday, September 21, 2011

Innovasi Industri Pemasaran Pemakanan Untuk Warga FELDA


Matlamat FELDA 2012 untuk memasarkan produk keluaran usahawan FELDA di bawah Program Satu Wilayah Satu Industri (SAWARI) dilihat berjaya apabila FELDA telah  mengetengahkan 15 jenis produk makanan terdiri daripada sejukbeku dan kerepek yang melibatkan 7 orang pengusaha warga FELDA untuk pasaran antarabangsa.


Bilangan produk ini dijangka bertambah di masa-masa akan datang supaya pengusaha-pengusaha makanan di kalangan warga-warga FELDA yang berpotensi dapat memperoleh faedah dari operasi pemasaran yang di jalankan oleh FELDA ini.


Untuk memastikan usaha pemasaran ke peringkat antarabangsa berkembang pantas. FELDA telah membentuk satu persefahaman dengan E Frozen Food PTE LTD pada 19 September 2011 lalu. 


Usaha ini di jangka dapat mewujudkan rangkaian produk makanan keluaran usahawan FELDA khususnya makanan sejukbeku dan kerepek untuk ke pasaran Australia, Dubai dan Singapura.


Memorandum Persefahaman antara FELDA dan E Frozen PTE LTD
Respon positif telah pun diterima hasil dari persefahaman ini, apabila produk seperti Roti Canai dan Popia Gulung sejukbeku sudah menampakkan potensi di pasaran Singapura.

Selain memasarkan produk sedia ada, FELDA dan E Frozen akan bekerjasama dalam menjalankan kajian untuk pembangunan produk baru yang telah dikenalpasti mampu menembusi pasaran antarabangsa.

Sebelum persefahaman ini dibentuk, FELDA telah pun berjaya mengeskport kerepek ubi hasil usaha warga FELDA ke pasaran United Kingdom.


Tidak lama lagi produk FELDA bakal menembusi pasaran China apabila pihak pengurusan FELDA telah menerima permintaan dari Tesco Beijing untuk produk  kerepek Pisang dan Ubi.


15 produk yang berpotensi untuk dieksport


No Produk-produk

1 Mini Popia Gulung

2 Roti Canai

3 Pisang Goreng

4 Getok Ubi

5 Getok Ubi Merah

6 Kasturi

7 Cucur Badak

8 Karipap Kentang

9 Samosa Kentang

10 Popia Otak-otak

11 Donut

12 Pau Goreng Kacang Merah

13 Pau Goreng Sambal

14 Chip Ubi

15 Chip Pisang




Tuesday, September 13, 2011

PRODATA bentuk kerjasama strategik bersama TATA





Kerjasama strategik diantara anak syarikat milik Felda PRODATA dengan TATA Consultancy Services (CS) dibentuk hari ini 13 September 2011.


Memorendum persefahaman ini telah dimeterai oleh Dato' Sabri Ahmad dari PRODATA dan Mr Vish Iyer dari TATA CS dengan disaksikan sendiri oleh YAB Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak.


Antara tetamu yang hadir adalah Tan Sri Hj Mohd Isa Samad, Dato' Dzulkifli Abd Wahab, Ahmad Maslan dan Vjay K. Gokhale (Persuruhjaya Tinggi India)


Dengan termeterai perjanjian ini, PRODATA dan TATA berharap dapat bertukar kepakaran dan teknologi diperingkat nasional dan antarabangsa.


FELDA Prodata Systems Sdn Bhd (PRODATA), merupakan organisasi yang melibatkan diri secara meluas dalam pembangunan dan memproses informasi serta menyediakan infrastruktur IT dan menyediakan perkhidmatan IT untuk pasaran luar.


PRODATA kini dalam fasa perkembangan untuk melibatkan diri dengan lebih jauh dan spesifik di dalam bidang SAP (Sistem Applikasi & Product), EDMS (Sistem Pengurusan Dokumentasi Elektronik), BCS (Sistem Integrasi Perniagaan), GIS (Sistem Maklumat Geografi) dan HA (Applikasi Mudah Alih)

Wednesday, September 7, 2011

Tips Kawalan Serangan Perosak Ulat Bungkus

Apa jua jenis tanaman pasti mempunyai musuhnya. Seperti tanaman Kelapa Sawit, ancaman perosak yang sering timbul adalah serangan ulat bungkus. Dimana serangan ulat ini menyebabkan pengeluaran hasil buah pokok sawit merosot sebanyak 40%.

Dengan ini FELDA telah melakukan beberapa analisis seperti jenis, kitaran hidup dan populasi serta mengenalkan teknik kawalan serangan makhluk perosak yang berkesan.