Sunday, January 30, 2011

Felda Tenang Tak Senang Dengan Pembangkang

Beruntung sungguh nampaknya keluarga peneroka-peneroka Felda ini. Perhatian demi perhatian diberikan oleh kerajaan kepada mereka. Terbaru Menteri Belia dan Sukan, Datuk Shabery Cheek dengan keprihatinan beliau telah meluangkan masa melawat belia-belia OKU di Felda Chempelak Barat.


Bukan satu, bukan dua, tapi lapan buah rumah beliau singgah untuk menyampaikan sumbangan bagi meringankan beban mereka. Apa yang lebih menarik lagi, bantuan yang diberikan itu bukan hanya tertakluk kepada ahli Barisan Nasional sahaja, tapi rumah penyokong PAS turut disinggahi beliau. Jelas sikap professional telah ditonjolkan oleh ahli parlimen Kemaman itu. 

Melihatkan respon yang diterima oleh penduduk Felda Chempelak Barat, saya rasa kita sudah boleh tergelak berdekah-dekah di hadapan saudara Mazlan Aliman yang menjaja merata-rata tempat bahawasanya beliau telah berjaya ‘tackle’ orang-orang Felda.


Sempat juga saya mendapatkan sedikit pesanan daripada seorang pakcik Felda yang suruh saya ‘nasihatkan’ Mazlan Aliman. Demikian ‘nasihat’ beliau:

“Janganlah dikacau Felda ni. Kalau bukan kerana Felda, anak-anak pakcik tak dapat masuk universiti”

Mendengar ‘pesanan’ daripada pakcik itu mengingatkan kepada perbualan saya dengan seorang lagi ‘orang lama’ di Felda tersebut sewaktu mengikuti program sembang-sembang belia Felda bersama Datuk Seri Shabery petang semalam. 

Menurutnya sewaktu kawasan Felda itu mahu dibuka, maka sibuklah si pembangkang terutamanya PAS menjaja cerita bahawasanya projek yang dilaksanakan itu adalah satu lagi usaha kerajaan untuk kelentong rakyat. 

Tapi sekarang apabila melihat kemajuan yang sudah dikecapi oleh Felda, mereka yang beria-ia mahu ‘membela’ nasib orang Felda. ‘Orang lama’ itu turut mempersoalkan apa sumbangan yang pembangkang sudah lakukan untuk Felda yang boleh mendorong mereka menyokong pembangkang. “Mereka itu kaki putar-belit”, kata ‘orang lama’ itu.

Berdasarkan kepada beberapa siri program di Felda yang sempat saya ikuti, apa yang saya boleh simpulkan di sini adalah Mazlan Aliman boleh simpan ajelah cita-cita untuk menjadi pejuang Felda. Orang Felda tidak akan tertipu dengan idea propagandis awak. Jangan asyik nak buang boreh jo Mazlan Aliman oi.

Wednesday, January 26, 2011

ALAHAI...Mazlan Aliman buat perabis beras aja

Pangkat bukan main besar bunyinya - Timbalan Pengarah Pilihanraya dan Presiden ANAK. Perrghh! Tapi habuk pun tarak! 


Bila dengar si Mazlan nak buat ceramah di Felda Tenang dan Cemplak Barat, maka berkobar-kobarlah nak pergi jenguk. Nak tahu juga betapa "hebatnya" si Mazlan ini. Saya dapat tahu golongan wartawan dan blogger bukan main tak sabar nak buat liputan. Tapi hah! Indah khabar dari rupa!

Siakap Senohong, Gelama Ikan Duri, Selalu sangat berbohong, Lama-lama Makan Diri! Itulah nasib yang menimpa Mazlan Aliman.

Buat peneroka yang tidak sedar diri ini, saya ada pantun istimewa - Kayu dibakar dibuat arang, Arang dibakar memanaskan diri, Jangan asyik salahkan orang, Cerminlah muka awak sendiri! 

Wahai Mazlan, bukalah mata! Kehadiran penyokong yang boleh dibilang dengan jari (rasanya jumlah wartawan lebih ramai) sudah cukup jelas menunjukkan betapa kehadiran anda tidak diingini!


Sebelum ini bukan main berdegar-degar Mazlan mendabik dada yang dia kononnya mendapat sokongan padu daripada warga Felda, terutama golongan muda. Hah, part "muda" tu betul sangat lah. Kelihatan ramai juga budak-budak muda berkeliaran, bermain dan berbuat bising untuk memeriahkan ceramahnya.

Di satu sudut, kelihatan wajah bendahari PAS Pusat, Dr Hatta Ramli yang macam ayam berak kapur. Resah gelisah, gundah gulana gamaknya.


Hatta asyik tunduk muka dan kejap-kejap pegang telefon. Mungkin dia menghantar SMS mengadu kepada pemimpin PAS mengenai sambutan "hangat" ceramah itu. Ataupun, mungkin dia main game untuk mengelakkan rasa malu, ataupun meredakan rasa tension terhadap Mazlan Aliman??? 

Tuesday, January 25, 2011

PRK Tenang - Peneroka, undilah dengan bijak!


Pilihanraya Kecil (PRK) Tenang akan berlangsung beberapa hari lagi dan semakin hampir tarikh itu semakin rancak pembangkang cari modal mempengaruhi pengundi terutama di kalangan peneroka Felda. 

Balik-balik Pembangkang menjaja isu basi seperti Felda bangkap, pengurusan tak betul dan macam-macam lagi. Seolah-olah tak ada benda yang bagus Felda lakukan.

Saya yakin peneroka-peneroka di PRK Tenang tidak terpedaya dengan dakyah pembangkang sehingga mereka lupa kesenangan yang diraih hasil pengurusan Felda yang cekap. 

Saya juga yakin peneroka tidak akan lupakan bahawa Felda membelanjakan kira-kira RM11 billion setiap tahun untuk mengurus dan mentadbir 11 wilayah dan 317 rancangan, serta menggajikan 3,516 petugas dan membayar 112,636 peneroka. 

Peneroka juga perlu sedar, tahun lalu sahaja Felda telah melatih 33,017 anak peneroka dalam pelbagai bidang kemahiran yang menelan belanja RM210 juta. 

Juga diingat, mana ada koperasi yang menawarkan dividen yang tinggi seperti yang diberikan oleh Koperasi Permodalan Felda (KPF) kepada peneroka, iaitu purata 14% setahun.


Saya yakin peneroka juga menghargai usaha Felda mengharmonikan kehidupan masyarakat serta memperkasakan program keusahawanan ke arah menjadikan Felda sebagai kuasa besar ekonomi.

Saya juga berharap peneroka-peneroka Felda terutama di Tenang memikirkan lojik sebelum menelan bulat-bulat dakyah pembangkang, terutama yang menuduh Felda bankrap.


Fikirkanlah, jika Felda bankrap, takkan ia mampu membina menara setinggi 50 tingkat berhadapan KLCC. Jika Felda bankrap, sudah tentu Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak tak berani umumkan pemberian bonus insentif produktiviti kepada peneroka yang bernilai RM100.9 juta!

Juga, jika Felda bankrap, Perdana Menteri tak akan berani mengumumkan Felda akan membina gelanggang futsal terbuka di 250 rancangan yang belum mempunyai gelanggang, dengan kos RM25juta. Gelanggang yang setiap satunya bernilai RM100,000 itu dijangka siap tahun depan. Setakat ini 317 rancangan Felda sudah mempunyai gelanggang.


Berdasarkan reaksi peneroka Felda Tenang terhadap ceramah Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim kelmarin, saya memang yakin peneroka yang akan mengundi di PRK Tenang tidak terpengaruh dengan dakyah palsu pembangkang. 

Ceramah Anwar Ibrahim kelmarin cuma dihadiri tak sampai 300 orang! Tidak cukup dengan itu kehadirannya disambut dengan ejekan "boo".

Saya juga mendapat perkhabaran peneroka di Tenang tidak layan kehadiran Mazlan Aliman, yang dilantik oleh Pembangkang sebagai Timbalan Pengarah Pilihanraya I PAS bagi PRK Tenang. 

Mazlan seperti biasa sibuk menjaja Janji 100 Hari Pembangkang yang tak masuk akal itu. Janganlah terpedaya dengan bekas peneroka ini yang lupa asal usulnya.

Saya yakin peneroka yang mengundi di Tenang bijak untuk menilai apa yang baik untuk masa depan mereka. Saya juga pasti calon BN, Mohd Azahar Ibrahim yang lebih mesra dengan panggilan Tok Ai lebih mudah didekati dan juga memahami kehendak orang Tenang kerana dia adalah anakTenang.

Kepada pengundi di PRK Tenang, terutama golongan peneroka Felda, mengundilah dengan bijak dan fikirkanlah masa depan keluarga anda.